Friday, May 7, 2010

Tasawwuf : Cabang Agama Yang Terzalimi (Edisi Lengkap)

Tasawwuf : Cabang Agama Yang Terzalimi (Edisi Lengkap)
Oleh PANEL PENGKAJI YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

Dalam siri tulisan kita mengenai Tajdid di minggu-minggu yang lalu kita ada menyebut bahawa Tasawwuf kerap menjadi sasaran sesetengah aliran mereka yang mendakwa Tajdid. Tasawwuf, Tariqat dan istilah-istilah yang berkaitan dengannya sering dimomokkan oleh mereka seolah-olah semua dan setiap yang bernama Tasawwuf dan Tariqat itu sesat, bid`ah dan khurafat. Strategi memomokkan istilah ini sebenarnya suatu percubaan untuk mengunci minda dan menjadikan masyarakat awam jauh hati daripada Tasawwuf dan dunianya tanpa benar-benar mengenali dan memahaminya dengan tepat. Mereka ini sedar bahawa jika masyarakat meneliti dan mendekati Tasawwuf dengan adil dan bersungguh-sungguh, kefahaman dan penghayatan yang murni terhadap Tasawwuf akan menjadi salah satu benteng yang memisahkan masyarakat daripada terpengaruh dengan aliran yang ingin mereka juarai.

Menyedari hal ini, dengan izin dan inayah Ilahi, ruangan ini dan beberapa minggu mendatang, akan cuba menghuraikan tentang Tasawwuf dan persoalan yang berkaitannya termasuklah merungkaikan beberapa salah-faham yang timbul berkaitan dengannya.

Tasawwuf sebagai Cabang Ihsan

Kunci utama kepada kefahaman yang murni terhadap Tasawwuf ialah dengan menyedari bahawa sebenarnya ia tidaklah melainkan cabang atau dimensi Ihsan daripada agama kita. Ihsan selain daripada Islam dan Iman serta kesedaran tentang akhir zaman merupakan cabang dan dimensi utama al-Din seperti yang kita semua tahu daripada Hadis Jibril yang merupakan antara induk hadis-hadis Nabi SAW. Begitu besar pengajaran yang hendak dibawa melalui hadis tersebut sehingga Jibril telah menyampaikan secara istimewa iaitu dengan merupakan dirinya sebagai manusia dan berdialog secara langsung dengan Nabi SAW bersaksikan para sahabat. Dari situ, kita semua maklum bahawa agama yang kita anuti ini sebenarnya terdiri daripada tiga cabang Islam, Iman dan Ihsan yang terjelma kepada tiga cabang ilmu utama agama iaitu Syariah, Aqidah dan Akhlak. Tiga istilah alternatif bagi ilmu-ilmu ini adalah Fiqh, Tawhid dan Tasawwuf. Jadi sebenarnya dalam peta minda Islam, Tasawwuf adalah istilah lain bagi dimensi Ihsan atau Akhlak.

Jika itulah kedudukan Tasawwuf dalam kerangka faham agama kita, tidak peliklah jika kita melihat para ulama muktabar sepanjang zaman, sebagai mereka yang paling menguasai selok-belok agama ini, bersikap sangat positif terhadap Tasawwuf dan dunia Tasawwuf. Kebanyakkan mereka terjun langsung kedalam dunia tersebut dengan mengamal, mengajar dan mengarang kitab-kitab rujukan dalam bidang ini. Selebihnya menjadi mereka yang mencintai para ulama dan pemuka Tasawwuf atau sekurang-kurangnya tidak mengambil sikap memusuhi mereka. Gambaran ini, yang akan kita perincikan nanti, sepatutnya sudah cukup menjadi asas untuk kita bersikap positif terhadap Tasawwuf.

Imej-imej Negatif Tasawwuf

Tapi kenapa masih ada yang takut dengan Tasawwuf atau memandangnya sebagai asing atau negatif?

Ihsan-Akhlak-Tasawwuf, jika direnungi, adalah dimensi dalaman atau batin agama kita. Kerana tabiatnya yang begitu memang salah-faham dan kekeliruan mudah timbul berkenaan Tasawwuf terutama di peringkat amalan dan perbahasan yang lebih tinggi. Mendekati Tasawwuf ditahap yang tinggi tanpa panduan guru yang berkelayakan boleh menyebabkan timbulnya ajaran sesat dan salah. Bila ini berlaku, ajaran-ajaran salah ini sering mendapat liputan meluas dan sensasi di media seperti dalam kes Hassan Anak Rimau, Ayah Pin dan al-Arqam. Kumpulan dan ajaran Tasawwuf yang menyeleweng sering tetap menggunakan istilah-istilah dalam dunia Tasawwuf seperti tariqat, syeikh, mursyid, awrad, kasyaf, yaqazah dan seumpamanya. Akhirnya istilah-istilah ini turut terpalit dan dilihat negatif sedangkan hakikatnya tidaklah begitu.

Sebenarnya penyelewengan turut berlaku dalam cabang agama yang lain seperti cabang Syariah. Malah penyelewengan dalam cabang Syariah mungkin lebih meluas dan melibatkan lebih ramai orang dan kumpulan. Cuma mungkin kesannya tidak begitu kelihatan atau kurang dirasakan oleh mereka yang terlibat. Atau jika menonjol sekalipun ia biasanya tidak akan dikaitkan sebagai kelemahan cabang ilmu syariah atau fiqh. Bukankah masih banyak penyelewengan daripada landasan hukum syariah yang ada dalam masyarakat kita?

Dalam bidang dan kumpulan mana pun akan ada mereka yang menyeleweng atau ekstrim. Soalnya, adakah adil kita menilai dan menghukum sesuatu bidang atau kumpulan hanya dengan merujuk kepada mereka yang menyeleweng atau sesat yang muncul dari bidang atau kumpulan itu? Jika begitu banyaklah bidang dan cabang ilmu yang harus kita tolak kerana adanya ‘kambing hitam’ yang muncul daripada kalangan pengamalnya! Adakah bijak kita meminggirkan Tasawwuf hanya kerana beberapa individu dan kelompok yang sesat yang timbul dari dunia Tasawwuf?

Segelintir mereka yang salah menghayati Tasawwuf juga menyebabkan timbul imej seolah-olah Tasawwuf adalah anti-dunia, anti-kemajuan dan anti-perjuangan. Kita akan huraikan nanti betapa tersasarnya tanggapan jika melihat pencapaian dan perjuangan para tokoh dan pemuka Tasawwuf, dulu dan kini. Tetapi harus diingat, jika Tasawwuf hendak dinilai dengan neraca seseorang yang memang tenggelam dan mabuk dengan dunia dan material memanglah Tasawwuf akan dilihat pasif dan tidak cukup dinamik.

Ada juga orang-orang yang baik-baik dan minatkan agama tetapi punya tanggapan bahawa Tasawwuf adalah ilmu yang terlalu tinggi untuk mereka. Kami belum layak untuk mengaji Tasawwuf.., kata mereka. Ini juga satu sindrom yang amat merugikan kerana ia menjauhkan mereka daripada apa yang sangat mereka perlukan dalam kehidupan mereka. Siapakah di kalangan kita yang tidak perlukan penyucian diri dan peningkatan keruhanian? Malah ini adalah suatu keperluan bagi setiap Muslim pada setiap ketika dalam hidupnya. Kita akan jelaskan nanti betapa Tasawwuf, seperti juga ilmu-ilmu lain ada tahap dan peringkat-peringkatnya. Selagi mana kita mendatangi Tasawwuf mengikut tahap dan kaedahnya, dengan bimbingan guru yang layak maka tidak timbul sindrom tidak layak atau belum sesuai belajar Tasawwuf.

Ada juga disana kelompok dan kumpulan yang sentiasa mencemburui dunia Tasawwuf dan pendokongnya kerana Tasawwuf dilihat sebagai aliran tandingan kepada aliran yang mereka juarai. Lantas mereka sering cuba menempelkan label-label bid`ah, khurafat dan taasub kepada Tasawwuf. InsyaAllah kita akan membahaskan asas-asas al-Quran dan al-Sunnah di sebalik Tasawwuf. Jika difahami dengan jujur, Tasawwuf yang murni adalah bebas daripada label-label ini. Sebaliknya, jika diteliti, kelompok yang mentohmah Tasawwuf, sering terlibat dengan unsur-unsur bid`ah, khurafat dan ta`asub. Tengok sahaja bagaimana mereka menjulang tokoh-tokoh mereka sendiri dalam pelbagai bentuk dan cara. Seolah-olah tokoh-tokoh ini sahaja yang memonopoli kefahaman dan kebenaran. Bukankah ini taasub walaupun tiada tangan yang dicium atau berkat yang diambil?

Marilah dalam minggu-minggu mendatang bersama kami dalam perjalanan mendekati Tasawwuf agar ia tidak terus menjadi cabang agama yang terzalimi.

Wednesday, March 10, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Muhammad S.A.W akan diadakan di Surau Haji Awang Alim Kota Bharu, Kelantan (Depan Sekolah Chung Hwa)

Tarikh     :    11hb Mac 2010
Masa       :     7.00 ptg - 10.00 mlm

Atucara Majlis

6.30- 7.15    :    Kehadiran Tetamu

7.30              :    Solat Maghrib Berjemaah

8.00             :    Ceramah Tasauf

8.20             :    Berzanji

8.30             :     Selawat

8.40             :     Solat Isya'

9.15              :     Majlis Jamuan

9.30-10.00 :     Majlis Bersurai

Ceramah Maulidur Rasul Oleh Ustaz Haji Saari Hussein, Syeikh Ahmadiah atas Banggol bertajuk
 "Jaminan Rasullullah Dari Kita Lahir Sehingga Ke Akhir Zaman"

Semua Ikhwan dari seluruh Malaysia dijemput hadir untuk menjayakan majlis ini.



Wednesday, March 3, 2010

MENGENAL WALI ALLAH

Dikatakan dinamakan wali itu berdasarkan kepada perlakuan hasil dari kelaziman berlaku taat. Oleh yang demikian, wali Allah SWT adalah seseorang yang mentaati dan mematuhi apa sahaja yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT dan turut serta membenci apa sahaja yang tidak disukai oleh Allah Taala. Ia melakukan apa sahaja yang diperintahkan olehnya dan meninggalkan larangannya. Sesiapa yang memusuhi wali-wali Allah SWT sebagaimana yang telah datang di dalam hadis Qudsi di mana Allah SWT berfirman kepada rasulNya yang bermaksud; “Sesiapa yang memusuhi waliku sesungguhnya ua telah menentangku dengan peperangan.”


Syaikh Ibn Taimiyyah telah menulis dalam sebuah bukunya menyatakan bahawa Allah taala memiliki para wali di antara manusia iaitu hambanya. Namun begitu, syaitan juga memiliki walinya di kalangan manusia. Beliau telah membawakan ayat-ayat yang menunjukkan perkara yang sedemikian. Kemudian beliau menjelaskan adanya perbezaan antara wali Allah Taala dan wali syaitan. Wali Allah adalah orang-orang mukmin yang bertakwa kepada Allah. Dalam hal ini Allah SWT telah berfirman; “Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan pada diri mereka dan mereka tidak merasa khuatir. Mereka beriman dan bertakwa (kepada Allah).” (Yunus, 10:62)


Sementara itu, sesiapa sahaja yang kafir kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para rasul dan hari Akhirat bereti dia telah benar-benar sesat. Demikian pula orang yang mengatakan bahawa mereka beriman terhadap sebahagian ayat-ayat Allah dan ingkar terhadap sebahagian yang lainnya. Mereka hendak menjadikan diantara kedua-duanya jalan tengah. Mereka itu adalah orang-orang kafir yang sebenar-benarnya. Mereka itu adalah wali-wali syaitan. Dalam hal ini, Allah telah berfirman: “Syaitan telah menyimpangkan mereka dari jalan Allah, sementara mereka menyangka bahawa diri mereka mendapat petunjuk.” (Az-Zukhruf, 43:37)


Dalil-dalil wujudnya wali


a)Dari Ayat Al-Quran


Dalam al-Quran sendiri telah dijelaskan oleh Allah dengan terang bahawa para wali Allah itu akan dijamin oleh Allah segala kehidupannya samada di dunia mahupun di akhirat sehingga mereka tidak takut ataupun susah. Firman Allah:


“Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak bersedih hati. Mereka adalah orang-orang yangberiman dan selalu bertakwa. Bagi mereka diberikan berita-berita gembira baik dlam kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Allah tidak akan merubah kalimah (janji) Nya, yang demikian itu adalah keuntungan yang besar sekali (bagi mereka).”

(Yunus: 62-64)


Dari ayat yang disebutkan di atas dapat disimpulkan bahawa sebahagian dari hamba allah itu ada yang dijadikan wali Allah. Dan hamba Allah yang dijadikan wali Allah pasti akan diberikan keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri. Keistimewaan-keistimewaan itulah yang kita istilahkan sebagai karamah. (Abu Mazaya 2004,8)


b) Dari al-Hadis


Pada hakikatnya sebahagian hamba Allah ada yang dijadikan sebagai wali Allah iaitu hamba yang dikasihi Allah. Sebahagian yang lain pula ada yang dijadikan sebagai wali syaitan iaitu hamba yang dikasihi syaitan. Keikhlasan hati dan kemurnian iman yang mereka miliki itulah yang mendapat penghargaan yang besar dari Allah. Tidaklah hairan jika Allah memberikan kasih sayangNya pada mereka seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW menerusi hadis Qudsi yang bermaksud :


Dari Abu Hurairah RA. Berkata: Nabi bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Siapa yang memusuhi waliKu, maka Aku isytiharkan perang padanya. Tidak seorang pun yang dekat kepadaKu dengan suatu amalan wajib yang Aku sukai dan tidak seorang pun dari hambaKu yang dekat kepadaKu dengan amalan sunnah sampai Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya, maka Aku akan menjadi pendengarannya untuk mendengar, dan Aku akan menjadi pandangannya untuk melihat, dan aku akan menjadi tangannya yang dipakai untuk memegang dan Aku pun akan menjadi kakinya untuk berjalan. Maka apa-apa yang dia minta padaKu, nescaya akan Ku berikan permintaannya dan jika dia meminta perlindungan dariKu maka Aku akan lindungi dia.”

(Riwayat Bukhari)


Kandungan hadis ini sangat mendalam sekali. Di mana Allah menerangkan bahawa ZatNya diibaratkan menjadi pandangan, pendengaran, bahkan menjadi tangan dan kaki bagi seorang hamba yang mendekatkan dirinya dengan amalan wajib dan sunnah, yakni para wali Allah. (Abu Mazaya 2004, 7)



Ciri-ciri Wali Allah


Sesungguhya yang disebut wali adalah wali Allah. Hal ini jelas diterangkan dalam al-Quran. Seorang wali adalah manusia yang tidak pernah merasa takut dan gentar kepada apa-apa dan sesiapa pun kecuali Allah. Seorang wali adalah manusia yang benar-benar beriman dan bertakwa serta sentiasa beramal soleh. Keimanannya murni, tidak melakukan syirik sedikit pun. Ketakwaannya ikhlas, tak ternoda oleh perasaan ria’.Amal solehnya pula dilakukan secara istiqamah samada di waktu susah atau senang, lapang atau terdesak, sihat ataupun sakit.



a)Beriman dan bertakwa kepada Allah dan rasulNya


Apabila seseorang mengamalkan apa yang diketahuinya iaitu bahawa Allah taala telah memerintahkan kepadanya untuk beriman dan bertakwa kepada Allah bererti dia termasuk ke dalam kelompok wali Allah. Perwaliannya kepada Allah SWT didasarkan kepada keimanan dan ketakwaannya kepadaNya.. (Ibn Taimiyyah 2000,88)


Firman Allah :

“Katakanlah, (wahai Muhammad kepada umatmu) jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku. Allah akan mencintai kamu.”

(Al-Imran : 31)


b)Taat


Seseorang itu tidak akan menjadi mukmin yang bertakwa melainkan dengan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dengan melaksanakan yang fardhu dan meninggalkan yang haram. Di peringkat ini ia termasuk ke dalam golongan Al-Abrar (orang-orang yang mengerjakan kebajikan) atau pun golongan kanan. Sekiranya ia mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mengerjakan yang nawafil selepas fardhu, Ia termasuk ke dalam golonganas-Saabiqun Al-Muqorobbun (orang-orang yang bersegera di dalam melakukan kebajikan). (Ibn Taimiyyah 1993.75)


c)Tidak gila


Tidak sah iman dan takwa seseorang yang gila, begitu juga perbuatannya mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT dengan ibadah fardhu mahupun nawafil. Tidak boleh ia menjadi wali Allah Taala, maka yang demikian itu tidak harus seseorang itu beriktikad bahawa dia seorang wali Allah Taala. Walaupun ia mempunyai hujah atas dakwaannya bahawa orang gila itu wali Allah SWT samada secara mukaashafah yang diberitahu olehnya atau perkara luar biasa yang lain. (Ibn Taimiyyah 1993, 77)






d)Melalui tariqat Nabi SAW


Sesiapa yang beriktikad bahawa wali-wali allah SWT mempunyai jalan yang lain untuk mencapai keredhaan Allah SWT selain daripada jalan Nabi SAW atau pun ia berkata sesungguhnya Nabi telah menyempitkan jalan atau pun Nabi hanyalah contoh ikutan untuk orang-orang awam sahaja sedangkan untuk orang-orang yang khas (para khowas) mereka mempunyai jalan lain untuk mencapai kewalian, maka iktikad itu adalah batil. (Ibn Taimiyyah 1993, 78)


e)Tidak meninggalkan yang wajib


Oleh yang demikian, sesiapa yang telah zahir kewaliannya (sebagaimana wujud mukaashafah dan sebagainya dari pelbagai alamat ) di dalam keadaan ia tidak menunaikan yang fardhu dan tidak pula menjauhkan yang haram bahkan melakukan amalan yang bertentangan dengan syarat kewalian maka tidak patut untuk seseorang yang lain mengatakan ia wali Allah SWT. (Ibn Taimiyyah 1993, 79)


Tingkat Wali


Menurut Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi, dalam kitabnya yangberjudul ‘Fathul Makkiyyah’ bahawa yang dapat diketahui tentang martabat para Aulia itu ialah nama-nama martabat mereka sahaja (Mustaffa Suhaimi 1994,64) :


a) Wali Al-Aqtab

Kalimah ‘Al-Aqtab’ berasal dari kalimah tunggal ‘Qutub’ yang bererti penghulu. Maka dapatlah disimpulkan bahawa Wali al-Aqtab adalah martabat wali yang tertinggi dripada yang lain. Bilangan wali Al-Aqtab adalah terbatas, iaitu seorang pada suatu masa. Apabila yang ada wafat barulah martabatnya diganti oleh wali yang lain.




b) Wali al-Aimmah

Kalimah ‘Al-Aimmah’ adalah dari kata tunggal ‘imam’ yang bererti pemimpin. Martabat ini sangat tinggi, dikatakan bahaw hanya dua orang wali Al-Aimmah pada suatu masa.


c) Wali al-Autad

Kalimah ‘Al-autad’ adalah dari kata tunggal ‘watad’ yang bererti ‘pasak’. Para aulia yangmendapat martabat al-Autad hanya empat orang pada suatu masa.


d) Wali Al-Abdal

Al-Abdal adalah dari kata tunggal ‘badal’ atau pengganti. Mereka yang mempunyai martabat ini dikatakan hanya tujuh orang pada suatu masa. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah untuk menjaga satu wilayah di bumi ini kerana bumi allah ini telah dibahagi kepada tujuh wilayah (penjuru). Jika seorang wali Abdal meninggalkan wilayahnya, dia akan diganti oleh yang lain.


e) Wali An-Nuqaba’

Kata ‘An-Nuqaba’’ berasal dari perkataan ‘naqib’ yang bereti ketua suatu kaum. Oleh itu, bilangan mereka pada suatu masa hanya dua belas orang sahaja. Wali an-Nuqaba’ diberikan karamah hingga Allah membukakan kepadanya rahsia yang terpendam di dalam hati manusia. Mereka juga boleh mengetahui sejarah hidup seseorang dripada bekas jejak kakinya di tanah.


f) Wali n-Nujaba’

Kata ‘Nujaba’’ adalah dari perkataan ‘najib’ yang bererti bangsawan yang mulia. Wali An-Nujaba’ adalah antara para Aulia yang paling disukai dan dihormati oleh manusia. Wali An-Nujaba’ hanya lapan orang sahaja pada suatu masa.


g) Wali Al-Hawariyyun

Al-Hawariyyun adalah dari kata perkataan ‘hawariy’yang bererti penolong. Di kalangan para aulia terdapt hanya seorang hawariy sahaja pada suatu masa.


h) Wali Ar-Rajbiyun

Kata ‘Rajbiyun’ adalah dari perkataan ‘rajab’. Ar-Rabiyun adalah para aulia yang berfungsi dan dikenal pasti hanya dalam setiap bulan Rajab setiap tahun. Mereka muncul dari awal bulan Rejab hingga akhir bulan rejab sahaja. Pada masa lain mereka kembali kepada keadaan biasa hingga martabat mereka tidak dikenal oleh orang lain. Wali Rajibun hanya 40 orang pada suautu masa. (Mustaffa Suhaimi 1994, 67)


Dalam kitab Fatawa, Ibn Taimiyyah telah menjelaskan pendapatnya iaitu: Manakala banyak nama yang disebut oleh ahli ibadat dan orang awam seperti Ghawth di Makkah, Awtad ada empat, Qutb ada tujuh, Abdal ada 40, Nujaba’ ada 300, semuanya tiada dalam al-Quran. Tidak ada mathurah daripada Nabi SAW samada sanad sahih atau da’if muhtamal kecuali lafaz Abdal. Menurut riwayat hadith Syami munqati’ al’isnad daripada Ali k.a.w, marfu’ kepada Nabi SAW bermaksud:

“Di kalangan orang Syam (Syria) ada Abdal 40 orang lelaki. Apabila mati seorang, Allah gantikan tempatnya dengan lelaki lain.” (Dr. Abdulfatah Haron 2004, 35)



Tingkat wali menurut Al-Quran


Menurut pandangan al-Quran bahawa wali itu ada dua tingkatan, iaitu sabiqun muqarrabun dan ashabul yamin muqtashidun. Kedua-dua golongan itulah yang benar-benar dianggap wali. Selain itu, masih diragukan kewaliannya. (Abu Mazaya 2004, 50). Firman Allah bermaksud :

“Apabila terjadi kiamat tiada seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (kejadian itu) merendahkan (satu golongan)dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedasyat-dasyatnya dan gunung-ganang dihancur luluhkan sehancur-hancurnya, maka jadilah dia debu yang berterbangan dan kamu menjadi tiga golongan iaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu dan orang-orang yang terdahulu beriman, mereka itu adalah orang-orang yang didekatkan kepada Allah SWT. Mereka berada di dalam syurga kenikmatan, segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu (sebelum umat Muhammad SAW) dan segolongan kecil dari orang-orang yang terkemudian (umat Muhamnmad SAW).


a) Sabiqun Muqarrabun (paling dahulu beriman dan didekatkan kepada Allah)


Mereka mendekatkan diri kepada Allah dengan cara mengerjakan yang wajib kemudian ditambah yang sunat-sunat. Ditinggalkannya segala sesuatu yang haram mahu pun yang makruh. Mereka mendekatkan diri kepada Allah dengan kemampuan yang dimilikinya. Kemampuan tersebut mencakupi kemampuan jiwa dan raganya, zahir dan batin.(Abu Mazaya 2004.56)


Dengan demikian, orang-orang yang didekatkan itu, di dalam pandangan mereka, hal-hal yang mubah adalah juga saranan ketaatan. Mereka mendekatkan diri kepadaNya dengan hal-hal yang mubah itu sehingga seluruh amalnya adalah ibadah kepada Allah. Mereka kelak akan minum air di syurga dengan cara mengalirkannya. (Ibn Taimiyyah 2000, 75)


b) Ashab Yamin Muqtashaidun (Golongan kanan yang pertengahan)


Golongan manusia baik-baik dan tidak berlebihan. Cara mereka lakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah sesuai dengan cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan disertai rasa ikhlas, mereka menunaikan kewajipan-kewajipan yang fardhu, mengerjakan ibadah-ibadah yang diperintahkan Allah dan menunaikan yang sunat. Mereka tidak membebani dirinya secara berlebihan dalam beribadah. Tidak suka menunaikan yang sunat sampai melampaui batas. Apa yang dikerjakan dalam batas yang wajar sahaja. Mereka tidak mengekang sesuatu yang diperbolehkan oleh Allah. (Abu Mazaya 2004,56)


Golongan pertengan ini amal-amal mereka adalah sebagaimana yang mereka kerjakan untuk diri-diri mereka sendiri. Mereka kelak tidak diseksa ataupun diberi pahala. Mereka minum (air syurga) dengan cara mengalirkannya, bahkan Allah mencampurkannya dengan minuman orang-orang yang didekatkan kepadanya ssebagaimana mereka mencampur minuman di dunia. (Ibn Taimiyyah 2000,75)



Karamah Wali


Keramah ialah suatu kejadian luar biasa yang diberikan oleh Allah khusus kepada hambaNya yang bertakwa dan soleh yang dalam istilahnya diberikan nama Wali Allah. Keramah ini biasanya datang yang tidak pernah diidamkan-idamkan sebelumnya. Bahkan para wali sangat takut sekali jika terjadi karamah atau kejadian luar biasa pada dirinya.


Oleh sebab itu, biasanya para wali ini jika terjadi sesuatu karamah kepada dirinya maka mereka semakin bertambah khuatir terhadap dirinya, mereka bimbang merasa ujub atau bangga terhadap dirinya yang menyebabkan dia tergelincir hatinya. Mereka akan bertambah tawadhuk dan penuh kekhusyukan seolah-olah mereka sedang berhadapan dengan Allah Taala.


Umumnya Karamah itu terjadi sewaktu dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Sebahagian karamah itu ada yang terjadi dalam waktu yang sangat terhad di saat itu sahaja. Namun, sebahagian lagi ada yang berpanjangan yang dapat disaksikan orang sampai beberapa generasi. Tetapi, yang paling banyak terjadi ialah hanya terhad pada waktu tertentu sahaja. Kejadian itu akan menunjukkan kekuasaan Allah yang diberikan kepada hambaNya yang disukai.

Secara keseluruhannya dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa wali itu memang sebenarnya ada dan juga diakui oleh Islam sendiri berpandukan kepada beberapa potong ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang telah dbentangkan sebelum ini. Namun begitu, ada sesetengah ulama Islam yang berselisih pendapat berkenaan dengan kedudukan tingkat wali itu sendiri di kalangan masyarakat. Ia menjadi persoalan kerana ia didakwa oleh beberapa ulama bahawa ia datang dari fahaman Syiah.

Namun begitu, kebenaran wali itu mendapat kata sepakat dari semua ulama Islam samada dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan selainnya. Mereka juga bersepakat bahawa wali itu pula terbahagi kepada dua iaitu wali Allah dan juga wali syaitan.

Oleh demikian, kepercayaan terhadap adanya wali Allah adalah tidak melanggari syariat Islam selagi ia tidak menjadi satu kesyirikan kepada Allah Taala. Sekiranya seseorang itu terlalu mengagungkan wali-wali tersebut bahkan sampai mendakwa bahawa ia lebih baik dari para nabi dan rasul maka ia adalah satu kesesatan.

Sunday, February 21, 2010

AMALAN TARIKAT AHMADIAH IDRISSIAH

Di petik daripada Kitab Pengantar kepada Tarekah Ahmadiyyah Arrashiddiyyah Aldandarawiyyah(فرائد الماثر المروية للطريقة الأحمدية الرشدية الدندروية) karangan Al-Marhum Sheikh Haji Ahmad bin Sheikh Haji Muhammad Said bahawa amalan dan wirid Tarekah Ahmadiyyah yang utama ada tiga iaitu:-

1-Al-Tahlil ( التهليل )

Lafaznya ialah:-

لاَاِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

Ertinya:- Bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah.


2-Selawat Azamiah (الصلوات العظمية )


اَللّهُمَّ اِنِّيْ أَسْاَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ الَّذِي مَلأ أَرْكانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ وَقَاْمَتْ بِهِ عَوَاْلِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ أَنْ تُصَلِّىَ عَلَى مَوْلانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاْتِ اللهِ الْعَظِيْمِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا فِيْ عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ صَلاةً دَاْئِمَةً بِدَوَاْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيْمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَاجْعَلْهُ يَارَبِّ رُوْحًا لِذَاْتِىْ مِنْ جَمِيْعِ الْوُجُوْهِ فِى الدُّنْيَا قَبْلَ الأخِرَةِ يَا عَظِيْمُ




Ertinya:- Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan Nur Wajah Allah yang Maha Besar, yang memenuhi segala penjuru ‘Arasy Allah Yang Besar, dan dengannya berdiri seluruh alam Allah yang Agung. Moga engkau bersalawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W yang mempunyai martabat yang agung dan ke atas keluarga Nabi Allah Yang Besar, dengan kadar kebesaran Zat Allah Yang Maha Besar, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah Yag Maha Besar, dengan salawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah Yang Maha Besar, Penghormatan bagi engkau wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang besar(indah). Salam kesejahteraan daripadaMu ke atas keluarganya seperti yang demekian itu juga. Himpunkanlah di antara aku dan dia (Nabi Muhammad S.A.W ) sebagaimana Engkau menghimpunkan antara roh dan jasad, zahir dan batin sama ada ketika sedar atau tidur. Jadikanlah dia (Nabi Muhammad S.A.W ) wahai Tuhanku, roh bagi zatku daripada sekalian wajah (keadaan) di dalam dunia ini sebelum hari akhirat, wahai Allah yang Maha Besar.



3-Istighfar Kabir (الاستغفار الكبير )




أَََسْتَغفِرُ اللهَ العَظِيْمَ الََّذِيْ لاَاِلَهَ اِلاّ هُوَ الْحَيَّ القَيُّوْمَ غَفَّارَ الذُّنُوْبِ ذَالْجَلالِ وَالاِكْرَامِ وَأَتُوْبُ اِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْمَعَاصِى كِلِّهَا وَالّذُنُوْبِ وَالأثَامِ وَمِنْ كُلِّ ذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ عَمْدًا وَخَطَأً ظَاهِرًا وَبَاطِنًا قَوْلاً وَفِعْلاً فِىْ جَمِيْعِ حَرَكَاتِىْ وَسَكَنَاتِىْ وَخَطَرَاتِىْ وَأَنْفَاسِىْ كِلِّهَا دَائِمًا أَبَدًا سَرْمَدًا مِنَ الذَّنْبِ الَّذِىْ أَعْلَمْ وَمِنَ الْذَّنْبِ الَّذِىْ لاَ أَعْلَمْ عََدَدَمَا أَوْجَدَتْهُ الْقُدْرَةُ وَخَصَّصَتْهُ الاِرَادَةُ وَمِدَادَ كَلِمَاتِ اللهِ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِ رَبِّنَا وَجمَاَلِهِ وَكَمَالِهِ وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى

Ertinya:- Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Besar, yang bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya. Maha Pengampun bagi segala dosa, wahai yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Aku bertaubat kepada-Nya daripada segala jenis maksiat,dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja,sama ada yang zahir mahupun yang batin, sama ada pada perkataan,perbuatan dalam setiap pergerakan atau diamku, yang terlintas dihatiku dan diriku semuanya selama-lamanya. Tidak kira sama ada dosa-dosa yang aku ketahui atau tidak aku ketahui, sebanyak mana yang dicakupi oleh Ilmu Allah, yanh dihitung oleh buku amalan dan yang ditulis oleh pena. Sebanyak mana yang diadakan oleh Qudrat dan dituntut oleh Iradat dan sebanyak tinta kalmia-kalimah Allah sepertimana yang selayaknya bagi kebesaran zat Tuhan kami,keelokanNya, kesempurnaannya dan sepertimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan yang diredhainya.

Sunday, February 7, 2010

Doa Boleh Merubah Takdir

Sabda Rasulullah saw , “Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah ta’ala selain do’a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.” (HR Tirmidzi 2065)

Imam Al-Ghazali berkata, ,’Kalau anda mengatakan,’Apa gunanya berdoa kalau takdir tak bisa diubah lagi? Maka jawabnya ,’ Ketahuilah bahwa termasuk bagian dari takdir ialah menolak bala’ (musibah) dari doa.
Ibnul Qayyim mengatakan bahwa, doa adalah obat yang paling bermanfaat. Dialah lawan bala’, yang akan menolak, membereskan dan menahannya agar tidak terjadi, serta mengangkat atau meringankannya bila benar terjadi.
Doa adalah sebab yang dapat menolak bala’ dan mendatangkan rahmat, sebagiamana perisai sebagai penahan panah dan air penyebab tumbuhnya tanaman. Keberadaan doa dan musibah adalah seperti perisai yang menahan laju panah.
... See More
Dari riwayat Aisyah ra, bahwa Rasulullah bersabda, “ Kewaspadaan tidak mampu menolak takdir, sedangkan doa mampu memberikan manfaat terhadap musibah baik yang sudah menimpa maupun yang belum menimpa. Apabila musibah turun, ia akan ditemui doa, kemudian keduanya berbenturan hingga hari kiamat ,” (Hr Ath Thabrany dan Hakim, dihasankan Al-Albani).

Saudaraku, doa merupakan sebuah pintu yang agung. Bila seorang hamba mengetuknya, akan datang kepadanya kebaikan yang berturut-turut dan berkah yang melimpah.
Doa menjadikan seorang hamba beriman akan menjadi orang yang optimis. Sebab keadaan hidupnya yang selama ini dirasakan hanya berisi kesengsaraan dapat berakhir dan berubah. Asal ia tidak berputus asa dari rahmat Allah ta’aala dan ia mau bersungguh-sungguh meminta dengan do’a yang tulus kepada Allah ta’aala Yang Maha Berkuasa.

Doa, menurut ilmu bahasa adalah kata benda. Ditinjau dari pendekatan kuantum, doa adalah gelombang energi kuanta yang disebut pikiran dan perasaan (dimana keduanya juga merupakan kata benda).

Saudaraku Doa adalah salah satu bentuk ibadah, ia adalah ketaatan yang paling mulia dan ibadah yang utama, serta Allah tidak menerima sesuatu dari seorang hamba , kecuali yang ikhlash dan mengharap keridhaan-Nya.
Sebagaimana firman Allah , yang artinya ,” Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan allah, maka janganlah kamu berdoa kepada seorangpun didalamnya disamping berdoa kepada Allah, “ (Qs. Jin : 18)

Sebagaimana firman Allah , yang artinya ,” Maka berdoalah kepada Allah dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya, “ (Qs. Al-Mukminun : 14).

Saudaraku, sering kita setelah berdoa namun masih merasa cemas, takut dan gundah, itu bisa diartikan keyakinan kita akan doa itu sendiri masih perlu dipertebal. Kita sering menyangsikan sendiri, kita sulit untuk yakin terhadap efektivitas doa kita. Justru kondisi inilah yang mengakibatkan berkurangnya kepercayaan kita terhadap Allah.

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah ta’aala mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (QS Az-Zumar 53-54)

Ibnu Abbas meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, yang artinya ,” …. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah dan apabila kau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah ….. “,(Hr tirmidzi –ahmad, disahihkan Al-Albani)

Demikianlah, hanya orang yang tetap berharap kepada Allah ta’aala saja yang dapat bertahan menjalani kehidupan di dunia betapapun pahitnya taqdir yang ia jalani. Ia akan senantiasa menanamkan dalam dirinya bahwa jika ia memohon kepada Allah ta’aala dalam keadaan apapun, yakinlah maka derita dan kesulitan yang dihadapi akan berubah.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Tuhanmu berfirman, "Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (QS Al-Mu’min 60)

Dan yang tidak kalah pentingnya bahwa seorang muslim tidak boleh pernah berhenti meminta kepadaNya, karena sikap demikian merupakan suatu kesombongan yang akan menjebloskannya ke dalam siksa Allah ta’aala yang pedih. Maka Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:

مَنْ لَمْ يَدْعُ اللَّهَ غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ
“Barangsiapa tidak berdo’a kepada Allah ta’aala, maka Allah ta’aala murka kepadaNya.” (HR Ahmad 9342)

Saudaraku, janganlah berputus asa dari rahmat Allah ta’ala. Bila Anda merasa taqdir yang Allah ta’ala tentukan bagi hidup Anda tidak memuaskan, maka tengadahkanlah kedua tangan dan berdo’alah kepada Allah ta’ala. Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa untuk mengubah taqdir Anda. Barangkali di antara do’a yang baik untuk diajukan sebagai bentuk harapan agar Allah ta’ala mengubah taqdir ialah sebagai berikut:

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

“Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirahat untukku dari segala keburukan.” (HR Muslim 4897)

Saudaraku , seringkali kita sudah merasa banyak berdoa dan meminta segala keinginan namun pada saat yang sama, kita masih merasa kuatir dan kecemasan dalam pikiran kita. Justru rasa inilah yg akan merusak doa kita. Bila seorang hamba telah menyerahkan segala persoalannya kepada Allah, mengapa mesti cemas ?

Saudaraku sesuatu yang ditakdirkan ini, sungguh ia ditakdirkan dengan sebab. Termasuk dari sebabnya ialah doa. Tidaklah sesuatu itu ditakdirkan dengan sebab. Sehingga selama seorang hamba melakukan sebabnya, maka terjadilah apa yang ditakdirkan. Namun , bila ia tidak melakukan sebabnya, maka yang ditakdirkan pun tidak akan terjadi.
Berkaitan dengan doa Umar bin Khaththab berkata ,’ Saya tidak memikirkan jawaban dari doa . Karena apabila saya diilhami untuk berdoa, maka jawabannya pun pasti ada bersamanya,”.

Saudaraku, cobalah anda baca syair ini,
Sekiranya engkau ya Allah tak ingin aku mendapatkan apa yang kuharap dan kuminta dari kemurahan tangan-Mu
Tentu Engkau tak akan membiasakanku untuk berdoa
Maka barang siapa yang diilhami untuk berdoa berarti doanya pun pasti diijabahi.

Allahu a’lam

Sumber : eramuslim, At-tadawi bil istighfari bis shdaqati bid dua’I bil Qur’ani, bis shalati bis shaumi, Hasan bin ahmad Hamman