Wednesday, November 11, 2009

Adakah Rasulullah Masih Hidup (1)?

Pertamanya, kita harus menjernihkan terlebih dahulu pelbagai istilah di dalam masalah ini, sebab sebahagian besar persoalan dapat diselesaikan hanya dengan membetulkan dan memperbaiki beberapa istilah.

Apabila yang dimaksudkan dengan kehidupan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam di dalam kuburnya itu bahawa Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak berpindah dari kehidupan dunia ini dan ALlah subahanahu wa ta'ala tidak mencabut nyawanya, maka itu salah dan batil berdasarkan keterangan tegas di dalam al Quran. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman :

"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seseorang manusia pun sebelum kamu (Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?"
(surah al Anbiya' : 34)

Jadi Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam sudah berpindah daripada kehidupan di dunia ini. Akan tetapi, perpindahan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak terputus hubungan dengan kita. Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam berada dalam kehidupan lain iaitu kehidupan para Nabi-nabi. Itulah yang disebut dengan kehidupan setelah mati, atau kematian sebagaimana dinamakan oleh Nabi sallaLlahu alaihi wasallam di dalam sabdanya :

"Hidupku mengandungi kebaikan bagi kalian, kalian melakukan sesuatu dan diberikan penjelasan bagi kalian (diturunkan wahyu). dan kematianku, mengandung kebaikan bagi kalian. Amal-amal kalian diperlihatkan kepadaku, apabila kebaikan yang aku lihat, akupun mengucapkan puji syukur kepada ALlah subahanahu wa ta'ala. dan apabila keburukan yang aku lihat, aku memohonkan ampunan kepada ALlah subahanahu wa ta'ala untuk kalian."

Hadith riwayat al Bazzar 4-9 vol 5, hlmn 308. Dailami, Musnad Al Firdaus vol 2 hlmn 137, Hariths dengan tambahan-tambahan al Haitsami, Musnad Hariths vol 2 hlmn 884; dan al Haitsami mengemukakannya di dalam Majma' az Zawaid vol 9, hlmn 23, dan mengiringinya dengan perkataan "Para tokoh periwayatnya adalah tokoh-tokoh periwayat sohih (hadith sohih).

"Tidaklah seseorang mengucapkan salam kepadaku kecuali ALlah subahanahu wa ta'ala mengembalikan nyawaku, sehingga aku membalas salamnya"

(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 2, hlmn 527; Abu daud Sunan Abu daud vol 2, hlmn 218, Thobrani, Al Mu'jam al Awsath, vol 3, hlmn 262, Baihaqi, As Sunan al Kubra, vol V hlmn 245, dan Syu'ab Al Iman, vol 2, hlmn 217, Dailami, Musnad al Firdaus vol 4, hlmn 24, dan al Mundziri, Al targhib wa at tarhib, vol 2, hlmn 326, Al Haitsami menyebutkannya di dalam majma' al zawaid vol 10, hlmn 25, dan al Hafiz Ibnu Hajar , Al Fath al Bari vol 6, hlmn 488, memberikan komentar terhadapnya, :"Para periwayatnya adalah tokoh-tokoh thiqah" dan dia juga menjawab berbagai persoalan yang berkenaan dengan sudut logik yang ditujukan kepadanya.

Hadith ini menunjukkan keterhubungan di antara nyawa dengan badan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam yang mulia selama-lamanya, sebab setiap waktu pasti ada sahaja orang yang mengucapkan salam kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam.

Kehidupan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam setelah wafat tidak sama dengan kehidupan manusia lainnya. Sebab pada kehidupan setelah wafat pada manusia selain para Nabi, nyawa-nyawa tidak kembali kepada jasad mereka lagi. Kehidupan mereka adalah kehidupan yang tidak sempurna, dengna nyawa sahaja tanpa jasad. Walaupun kehidupan itu masih mempunyai hubungan dengan kehidupan dunia seperti menjawab salam dan perkara lainnya. Sebagaimana telah ditetapkan pada nabi berada dalam kehidupan yang lebih sempurna daripada kehidupan mereka sebelum wafat dan lebih sempurna daripada kehidupan makhluk lain setelah wafat.

Telah sohih bahawa Nabi beribadah kepada Tuhan di dalam kubur. Diriwayatkan dari Saidina Anas radiyaLlahu 'anhu bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

Quote
"Aku melalui Nabi Musa 'alaihissalam pada malam Isra' di sebuah tempat pasir merah bertompok. Baginda Musa 'alaihissalam sedang berdiri melaksanakan solat di dalam kuburnya.

(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 2, hlmn 315; Muslim, Sohih Muslim, vol 4, Hlmn 1845, Nasa'i As Sunan al Kubra, vol 1, hlm 419; Ibn Hibban, Sohih Ibnu Hibban, vol 1, hlm 242,; Ibn Abi Syaibah, Mushannaf Ibn Abi Syaibah, vol 7, hlm 335, dan Thobrani, Al Mu'jam al Ausath, vol 8, hlm 13.

RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda lagi yang bermaksud :

"Para nabi hidup di dalam kubur, mereka (melaksanakan) solat (beribadah)"


Hadith riwayat Dailami, Musnad al Firdaus, vol 1, hlm 119; Abu Ya'la, Musnad abu Ya'la, vol 6, hlm 147; Ibnu 'Adi, Al Kamil. vol 2, hlm 327; dan Haithami menyebutkan dalam Majma' az Zawa'id vol 8, hlmn 211, beliau memberikan pandangan dengan perkataan "Dan para periwayat Abu Ya'la adalah orang-orang yang thiqah.

Hadith ini menunjukkan para Nabi hidup dengan jasad dan roh mereka, kerana ada penyebutan tempat bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mengatakan, "Di dalam kubur mereka". Seandainya kehidupan itu hanya dengan roh sahaja, tentu Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak menyebutkan tempat hidup mereka. Dengan demikian, mereka hidup di dalam kubur mereka dengan kehidpan yang hakiki seperti hidup mereka sebelum wafat, dan bukan kehidupan roh sahaja.

Sebagaimana jasad-jasad mereka yang mulia itu terpelihara, diharamkan bagi bumi untuk 'memakannya' (iaitu menghancurkan). Telah sohih dari Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bahawa Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

Quote
"Sesungguhnya ALlah subahanahu wa ta'ala mengharamkan atas bumi untuk memakan (menghancurkan) jasad-jasad para Nabi"


(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 8, Abu Daud, Sunan Abu Daud vol 1, hlmn 275, An NAsa'i, Sunan an Nasa'i vol 3, hlmn 91, Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, vol 1, hlmn 524, Darimi, Sunan Darimi, vol 1, hlmn 445 : Hakim al Mustadrak, vol 1, hlmn 413, dan beliau berpandangan bahawa "Sohih, berdasarkan syarat-syarat Bukhari dan mereka berdua tidak mengeluarkannya." Baihaqi, As Sunan Ash Shugra, vol 1, hlmn 372, dan di dalam as Sunan al Kubra, vol 3, hlmn 428.

Dengan demikian, Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam itu hidup di dalam kuburnya dengan roh dan jasadnya. Dan jasadnya (Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam) yang mulia terpelihara seperti saudara-saudaranya para Nabi yang lain.

Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam sangat dekat dengan ALlah subahanhu wa ta'ala beribadah di dalam kuburnya, dan berhubungan dengan umatnya, memohon keampunan untuk mereka, memberi syafaat kepada mereka di sisi ALlah subahanahu wa ta'ala, menjawab salam mereka, dan masih banyak lagi hal selainnya.

Oleh itu, siapa yang mendustakan kehidupan Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam di dalam kuburnya setelah perpindahannya, maka dia telah mendustakan hadith-hadith yang telah kami sebutkan. Barangsiapa yang mendustakan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam sudah berpindah dari kehidupan kita, maka dia telah mendustakan keterangan-keterangan Al Quran yang telah kami kemukakan.

Sikap yang tepat adalah kita menetapkan bahawa perpindahan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam dari kehidupan dunia, ialah dengan menetapkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam itu hidup di dalam kuburnya, beribadah kepada Tuhannya, menjawab salam orang yang mengucapkan salam kepadanya, memberikan syafaat bagi umatnya, dan memohonkan keampunan untuk mereka. Sebagaimana apa yang telah disampaikan kepada kita oleh Nabi As Shadiq Al Mashduq, Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam dan kepada ALlah subahanahu wa ta'ala Yang Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.

Sumber :

Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Sunday, November 8, 2009

KELEBIHAN BERZIKIR (2)

Zikir adalah satu amalan yang sangat mustahak untuk mendapat kejernihan hati. Zikir akan membentuk ketenangan kepada jiwa kita.


Zikir akan melindungi kita daripada godaan dan gangguan syaitan serta nafsu. Ketenangan dan ketenteraman jiwa boleh dirasai dengan berzikir kepada Allah S.W.T. Ketenangan tidak terdapat dengan melepak, menyanyi atau sebagainya.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram."

( AR-Rad : A : 28 S : 13 J : 13 M/S : 252 )


PERINGATAN



Bagi menghasilkan ketenangan di dalam berzikir, terlebih dahulu kita mesti memperbanyakkan selawat Nabi s.a.w. Maksud zikir ialah kita sentiasa mengingati kebesaran Allah di dalam setiap kerja kita. Sama ada kita ulama', orang awam ataupun buruh kasar.

Hafiz Ibnu Qaiyim r.a adalah seorang ulama' hadis yang termasyhur. Beliau mengarang sebuah risalah bernama Al-Wabil yang mengandungi berbagai-bagai penjelasan mengenai kelebihan berzikir.

Di dalam risalah itu, beliau berkata bahawa zikir mempunyai faedah kira-kira lebih daripada seratus faedah. Tujuh puluh sembilan faedah beliau menukilkan di dalam risalah tersebut.

Kami menyalin faedah-faedah itu satu persatunya serba ringkas.


1. Zikir adalah menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T redha.

3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

4. Zikir adalah menggembirakan hati.

5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.

6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.

7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni murah rezeki).

8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya, seseorang itu merasa gentar.

9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah S.W.T kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapat cinta Ilahi itu, maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya.

Sebagaimana mutala'ah dan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu, demikianlah zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

10. Zikir adalah mendatangkan hakikat muraqabah. Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat insan.

Dengan adanya martabat insan, maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan seolah-olah ia melihat-Nya (keadaan seperti inilah merupakan tujuan asasi daripada perjuangan para sufi).

11. Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini, lama-kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah S.W.T menjadi pelindung dan pembantu baginya.

12. Zikir adalah membawa seseorang kepada takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak, maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan sebaliknya jika ia bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah S.W.T.

13. Zikir adalah membukakan pintu makrifat kepada Allah S.W.T.

14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kebesaran Allah S.W.T dan melahirkan semangat buat merapatkan diri dengan-Nya.
15. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Kerana itu ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku ingat pula kepadamu."
(Al-Baqarah : 152)

Dan diterangkan pula di dalam hadis yang bermaksud :

"Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingati
pula di dalam hati-Ku."
16. Zikir adalah menghidupkan hati. Perbandingan zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan dengan air. Ingatlah apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada di dalam air?

17. Zikir adalah santapan bagi roh dan hati. Andaikata keduanya tidak dapat menikmati santapannya maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat makanannya.

18. Zikir adalah membersihkan hati daripada karatan (kekotoran) sepertimana diterangkan di dalam hadis bahawa tiap-tiap satu mempunyai daki dan kekotoran baginya. Daki dan kekotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan berzikir.

19. Zikir adalah menghapuskan dosa dan maksiat.

20.Zikir adalah menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah S.W.T. Sebenarnya hati orang yang lalai itu diselubungi oleh rasa ragu dan gelisah terhadap Allah. Ianya hanya dapat dihapuskan hanya dengan zikir.

21. Zikir adalah menyebut Allah, orang yang berzikir itu dikelilingi oleh Arsy Ilahi.

22.Barangsiapa ingat kepada Allah dalam kesenangan, Allah ingat pula kepadanya apabila ia di dalam kesusahan.

23.Zikir adalah melepaskan orang yang berzikir itu daripada azab Allah S.W.T.

24.Zikir adalah menyebabkan turunnya sakinah dan para malaikat melingkungi orang-orang yang berzikir itu.

25.Zikir adalah menyebabkan selamatnya lidah seseorang yang berzikir itu daripada mengumpat, mencela, berdusta, maki-hamun dan cakap sia-sia.

Telah dibuktikan oleh kenyataan bahawa barangsiapa yang membiasakan lidahnya dengan berzikir, maka terselamat dari sifat keji.

Sebaliknya orang yang tidak biasa dengan zikir maka dengan sendirinya ia terlibat dalam keburukan dan sifat-sifat yang keji itu.

26.Zikir akan memasukkan orang yang berzikir itu ke dalam golongan orang yang berbahagia, demikian juga bagi orang yang mendampinginya.

Sebaliknya orang-orang yang lalai dan membuat kerja-kerja yang sia-sia adalah tercampak ke dalam kancah kecelakaan. Demikian juga bagi mereka yang menyertainya.

27.Zikir akan memelihara orang yang berzikir dari menyesal pada hari kiamat.

28.Jika orang yang berzikir sambil menangis-nangis dalam keadaan sunyi diri, maka pada hari kiamat ia akan didiamkan di bawah naungan Arasyh Ilahi. Pada hari kiamat di mana manusia akan berteriak dan menjerit-jerit kerana kepanasan hari yang sangat dahsyat itu.

29.Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir, maka Allah S.W.T mengurniakan kepadanya lebih dari orang yang meminta kepada-Nya.

Di dalam hadis Qudsi, Allah S.W.T ada berfirman:

"Barangsiapa tertahan oleh zikir-Ku daripada berdoa, nescaya Aku berikan kepadanya lebih daripada yang Aku berikan kepada orang yang berdoa."

30.Zikir merupakan satu ibadat yang ringan dan mudah sekali, namun ia adalah amalan yang lebih afdal dan utama dari semua ibadat kerana menggerakkan lidah itu lebih mudah dari menggerakkan seluruh badan.

31. Zikir merupakan pohon di dalam syurga.

32.Nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada orang yang berzikir, tidaklah diberikan kerana amalan yang lain.

Terdapat hadis yang menerangkan:

"Barangsiapa membaca kalimah ini sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari, maka Allah akan memberikan pahala kepadanya yang seimbang memerdekakan 10 orang hamba sahaya dan dicatitkan di dalam buku amalannya 100 kebajikan, dihapuskan daripadanya 100 dosa, dipelihara dari godaan syaitan dan tiada siapa pun yang lebih afdal daripadanya kecuali orang yang amalannya telah melebihi.

33.Seseorang yang berzikir berterusan dengan istiqamah, ia akan terselamat daripada melukakan dirinya yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat.

Melupakan diri sendiri dan muslihat-muslihatnya bererti melupakan Allah. Barangsiapa melupakan Allah, nescaya akan dicampakkan di dalam kancah kerugian.

Allah memperingatkan di dalam Al-Quran:

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan dirinya sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik."

(Al-Hasyar: A:19 S:59 J:28 M/S:548)

Maksudnya supaya kamu janganlah menjadi orang-orang yang tidak menghiraukan Allah S.W.T, lantas Allah menjadikan mereka tidak menghiraukan diri mereka sendiri yakni akal fikiran mereka dilemahkan sehingga mereka tidak dapat menjalani jalan yang menuju ke arah kejayaan yang hakiki.

Apabila manusia melupakan diri sendiri, maka dengan sendirinya ia akan melupakan muslihat-muslihatnya, akhirnya ia menjadi mangsa kebinasaan.

Sepertimana seorang petani yang melupakan sawah ladangnya, sudah tentulah sawah ladangnya tidak mendatangkan hasil apa-apa. Akhirnya akan bertukar menjadi belukar.

34.Seseorang akan merasakan keamanan dan ketenangan jiwa tatkala lidahnya basah menyebuti zikir sehingga ia cinta kepada zikir.

Sepertimana seseorang yang mencintai air ketika ia mengalami dahaga yang amat sangat atau cinta kepada makanan ketika ia sangat lapar ataupun ia cinta kepada pakaian dan rumah semasa ia berasa sangat sejuk atau sangat panas.

Bahkan zikrullah itu lebih mustahak lagi kerana jika segala-galanya itu tidak tersedia, maka tubuh kasar manusia itu sahaja yang akan binasa, sebaliknya jika tiada zikir, roh dan hati juga akan turut binasa.

35.Dengan zikir, manusia akan mencapai kemajuan dan kejayaan dengan secara terus-menerus ketika ia sedang beristirehat ataupun ia sedang sakit, ketika ia sedang sibuk dengan mengecap nikmat hidup ataupun berada di dalam serba kekurangan.

Jika hatinya sudah bersinar dengan sinaran zikir, maka dalam setiap keadaan ia akan meningkat ke peringkat yang setinggi-tingginya.

36.Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dalam dunia ini ataupun di dalam kubur.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Apakah orang yang sudah mati (sudah sesat) kemudian Kami hidupkan ia (menjadi ia agama Islam) dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang.

Dengan cahaya itu, dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia (nur itu sentiasa bersama dengannya) serupa dengan orang yang berada di dalam keadaan gelap-gelita yang tidak dapat keluar daripadanya."

(Al-An’am: A:122 S:6 J:7)

Hati orang yang berzikir akan bersinar gilang-gemilang dengan cahaya makrifat. Nur adalah sesuatu yang teragung sekali. Ianya membawa kepada kejayaan yang gilang-gemilang.

Lantaran itulah, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menuntut dan memohon dengan berulang-ulang kali dan meminta nur itu bagi setiap anggota tubuhnya sepertimana doa-doa yang didapati di dalam kitab-kitab hadis yang didoakan oleh baginda s.a.w seperti yang berikut di bawah ini:

"Ya Allah! Berikanlah nur kepada dagingku, nur pada tulang-tulangku, nur pada rambutku, nur pada kulitku, nur pada pendengaranku, nur pada penglihatanku, nur dari atasku, nur dari bawahku, nur dari kananku, nur dari kiriku, nur dari mukaku, nur dari belakangku dan jadikanlah nur itu di dalam diriku dan juga besarkanlah nur itu untukku."

Maka menerusi nur itulah, amalan perbuatan seseorang itu akan bercahaya terang benderang sehingga amal perbuatan yang baik dari seseorang itu dibawa ke langit yang didapati daripadanya cahaya seperti cahaya matahari dan nur yang serupa itulah akan kelihatan pada mukanya di hari kiamat nanti.

37.Zikir adalah intisari ilmu tasawuf yang diamalkan oleh setiap ahli tariqat. Jika telah terbuka pintu zikir bagi seseorang, bererti telah terbuka baginya jalan yang menuju ke jalan Allah.

Barangsiapa yang telah menuju ke jalan Allah, nescaya ia telah dapat segala-galanya yang dikehendaki kerana tidak berkurangan apa-apa pada khazanah Ilahi.

38.Pada hati manusia, ada satu bahagian yang tidak subur melainkan zikrullah. Apabila zikir menguasai hati maka bukan ia menyubur bagi hati itu sahaja bahkan ia menjadi orang yang berzikir itu hidup dengan makmur walaupun ia tiada harta benda.

Memuliakannya walaupun tidak berkeluarga dan menjadikannya pengusaha walaupun ia tidak mempunyai kerajaan. Sebaliknya orang yang lalai daripada berzikir pasti dia akan dihinakan walaupun ia mempunyai harta benda, kaum keluarga dan kerajaan yang besar.

39.Zikir adalah menghimpunkan kembali yang telah bercerai dan menceraikan yang telah berhimpun, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat.

Yakni hati manusia yang diselubungi oleh berbagai keraguan, dukacita dan kegelisahan itu semuanya dilenyapkan sama sekali dan dilahirkan ketenteraman dan ketenangan jiwa.

Hati dan jiwa manusia yang dikuasai oleh perbuatan yang keji-keji itu dibersihkan. Manusia yang sentiasa digodai dan dikuasai oleh tentera-tentera syaitan itu diceraikan daripadanya. Akhirat yang jauh itu didekatkan dan dunia yang dekat itu dijauhkan dari manusia.

40.Zikir adalah menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkannya daripada lalai. Selagi hati dan jiwa manusia tidak sedar, maka selama itulah ia mengalami kerugian demi kerugian.

41. Zikir adalah merupakan satu pohon yang setiap masa mendatangkan buah makrifat. Menurut istilah ulama’-ulama’ tasawuf, pohon itu mendatangkan buah ahwal dan makamat.

Semakin zikir itu diperbanyakkan semakin akar pohon itu kukuh. Semakin akarnya kukuh, semakin itulah pohon itu mengeluarkan buahnya.

42.Zikir adalah mendekatkan hamba kepada Allah. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Sesungguhya Allah S.W.T beserta dengan orang-orang yang bertaqwa (takut)."

Di dalam hadis Qudsi Allah S.W.T berfirman:

"Adalah Aku menyertai hamba-Ku selama ia mengingati Daku."

Di dalam hadis Qudsi yang lain, Allah telah berfirman:

"Orang-orang yang mengingati Aku itu ialah orang Aku.

Aku tidak menjauhkan dari rahmat-Ku. Jika mereka bertaubat dari dosa-dosa mereka, maka Aku menjadi kekasih bagi mereka, tetapi sebaliknya jika mereka tidak bertaubat, maka Aku menjadi jururawat bagi mereka.

Aku mencampakkan mereka ke dalam kancah penderitaan supaya Aku membersihkan mereka dari dosa-dosa."

Penyertaan Allah S.W.T yang dicapai menerusi zikir itu adalah penyertaan yang tidak ada tolok bandingnya. Hakikat penyertaan itu tidak mungkin dicatit dan tidak mungkin juga dibicarakan.

Kelazatannya dengan erti kata yang sebenar boleh dirasai oleh orang yang telah mencapainya.

43.Zikir adalah seimbang dengan memerdekakan hamba, membelanjakan harta dan berjuang di jalan Allah.

44.Zikir adalah sumber syukur. Barangsiapa yang tidak mengingati Allah, ia tidak dapat bersyukur kepada-Nya.

Di dalam sebuah hadis menceritakan bahawa Nabi Musa a.s pernah berkata kepada Allah, "Ya, Allah! Engkau telah menganugerahkan kepadaku nikmat-nikmat yang amat banyak, maka tunjukilah aku cara-cara bersyukur supaya aku sentiasa dapat bersyukur kepada-Mu."

Kemudian Allah S.W.T berfirman kepada Nabi Musa, "Sebanyak yang engkau berzikir, sebanyak itulah engkau bersyukur."

Allah berfirman:
"Hendaklah lidahmu sentiasa dibasahi dengan berzikir."

45.Yang mulia di antara orang-orang yang bertaqwa pada sisi Allah ialah yang sentiasa sibuk dengan berzikir kerana natijah taqwa ialah syurga sedangkan natijah zikir ialah penyertaan Allah S.W.T.

46.Pada hati manusia ada semacam kekerasan yang tiada berubah menjadi lembut melainkan dengan berzikir.

47.Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.

48.Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah. Lalai adalah sumber permusuhan dengan-Nya.

49.Tiada satu apa pun yang menambahkan nikmat-nikmat Allah dan menyelamatkan daripada azab-Nya lebih daripada zikrullah.

50.Allah S.W.T menurunkan rahmat-Nya kepada orang-orang yang berzikir dan para malaikat berdoa untuk mereka.

51. Barangsiapa yang ingin menikmati syurga sedangkan ia masih berada di dalam dunia ini maka hendaklah ia menyertai majlis-majlis zikir kerana zikir itu adalah umpama taman-taman syurga.

52.Majlis zikir adalah majlis para malaikat.

53.Allah S.W.T membanggakan orang yang berzikir di hadapan para malaikat.

54. Barangsiapa sentiasa berzikir, ia akan masuk ke dalam syurga tersenyum-senyum.

55.Segala amalan diwajibkan semata-mata kerana zikrullah.

56. Amalan yang paling afdal ialah amalan yang disertakan zikir sebanyak-banyaknya. Puasa yang paling afdal ialah puasa yang disertakan zikir sebanyak-banyaknya. Haji yang paling afdal ialah haji yang disertakan dengan zikir sebanyak-banyaknya. Demikian juga jihad dan amalan yang lain-lain.

57. Zikir ialah pengganti bagi ibadat-ibadat nafilah (ibadat-ibadat sunat). Pada satu ketika, satu golongan orang yang miskin telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w merayu hal mereka kepada Rasulullah s.a.w:

“Ya, Rasulullah s.aw! Saudara kami yang berharta-benda telah meningkat darjat yang setinggi-tingginya disebabkan harta kekayaan mereka. Mereka bersembahyang seperti kami bersembahyang, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, tetapi kerana harta kekayaan, mereka telah mendahului kami dengan mengerjakan haji, umrah, jihad dan lain-lain."

Sebagai menjawab Rasulullah s.aw bersabda:

"Mahukah kamu sekelian aku ajarkan sesuatu untuk mendahului sesama kamu sehingga tiadalah lagi seorang pun yang lebih afdal daripada kamu kecuali orang yang berbuat seperti yang kamu perbuat?"

Selanjutnya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bacalah kamu sekelian selepas tiap-tiap sembahyang." (berzikir)
Ini menunjukkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w menganggap zikir ini sebagai pengganti haji, urnrah, jihad dan lain-lain (bagi orang yang tidak berada).

58. Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat lain. Dengan berzikir sebanyak-banyaknya, maka ibadat yang lain itu menjadi lebih mudah dan senang malah kelazatan ibadat-ibadat itu pun dirasai benar.

Oleh itu, semua ibadat itu dapat dikerjakan tanpa keberatan dan kesukaran apa-apa.

59.Dengan berzikir, semua keberatan akan menjadi ringan. Setiap kesukaran akan menjadi ringan dan semua bala bencana akan lenyap.

60.Lantaran zikirlah, segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar. Zikrullah adalah mempunyai satu kuasa yang khas untuk melahirkan ketenteraman dan akan melenyapkan ketakutan.

Ianya mempunyai kesan yang istimewa di mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya, semakin itulah akan mencapai ketenteraman dan akan lenyap ketakutan.

61.Zikir adalah melahirkan kekuatan dan tenaga yang terkhas kepada manusia. Dengan kekuatan itu, ia dapat menyelenggarakan urusan-urusan yang agak sukar.

62.Pemberesan urusan-urusan akhirat adalah dahulu-mendahului di antara satu sama lain. Di dalam mendahului antara satu sama lain ini, yang kelihatan di hadapan sekali ialah orang-orang yang berzikir.

Diriwayatkan dari Omar Khadam Gufarah r.a katanya:

"Apabila amal perbuatan manusia diganjari pada hari kiamat maka sebahagian besar dari manusia akan menyesal sambil berkata:

"Alangkah bagusnya jika dahulunya kita memperbanyakkan amalan yang ringan dan mudah sekali iaitu zikir."

Di dalam sebuah hadis ada dilaporkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Telah mendahului mereka yang mufarrid."

Para sahabat bertanya:

"Siapakah yang mufarrid itu, ya Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Mereka yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya kerana zikir adalah meringankan bebanan mereka."

63.Allah S.W.T sendiri membenarkan dan memuji orang-orang yang berzikir. Orang-orang yang dibenarkan oleh Allah S.W.T tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama orang yang berdusta.

64. Zikir adalah menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. Apabila seseorang hamba berhenti daripada berzikir maka para malaikat berhenti daripada membina rumah itu.

Apabila mereka ditanya, "Mengapakah kamu berhenti membina rumah itu?"

Maka mereka menjawab, "Bahawa perbelanjaannya belum tiba lagi."

Di dalam sebuah hadis lagi ada disebutkan barangsiapa yang mengucapkan (berzikir) sebanyak 7 kali, nescaya dibinakan satu menara untuknya di dalam syurga.

65. Zikir adalah perisai atau pendinding bagi Neraka Jahannam. Barangsiapa yang dimasukkan ke dalamnya kerana amal perbuatannya yang tidak baik, maka zikirnya itu menjadi pendinding di antaranya dengan Neraka Jahannam tersebut. Semakin banyak berzikir dibuat maka semakin kuatlah pendinding itu.

66. Para malaikat beristighfar (memohon keampunan) bagi orang yang berzikir. Diberitakan kepada Amar bin Aas r.a yang beliau meriwayatkan bahawa apabila seseorang hamba mengucapkan (berzikir) maka para malaikat berkata, "Ya, Allah! Ampunilah dia." (Dan termaklum bahawa doa para malaikat itu tidak ditolak malahan terus dikabulkan).

67.Jika seseorang berzikir di atas gunung atau di tanah datar, maka tempat tersebut akan merasa bangga.

Di dalam sebuah hadis ada diberitakan bahawa gunung-gunung bertanya¬tanyakan di antara satu sama lain bahawa hari ini adakah seseorang yang berzikir itu melalui di atas engkau.

Jika diberitahukan, "Ya, ada yang melaluinya maka ia akan berasa gembira lagi bangga."

68.Memperbanyakkan zikir adalah merupakan sijil bagi kelepasan bagi kemunafikan.

Allah S.WT telah berfirman:

"Mereka tidak mengingati Allah melainkan sedikit."

(An-Nisa A:142 S:4 J:5 M/S:101)

Ka'ab Akhbar r.a berkata:

"Barangsiapa berzikir sebanyak-banyaknya terpelihara ia daripada kemunafikan."

69.Berbanding dengan amalan-amalan yang baik maka zikir mempunyai satu kelazatan yang tidak didapati pada amalan¬amalan yang lain.

Jika zikir tidak mempunyai satu fadilat pun selain daripada kelazatan tadi maka memadailah dia.

Malik bin Dinar r.a berkata, "Bahawa seseorang tidak akan berasa lazat dari suatu apa pun seperti kelazatan berzikir."

70.Pada wajah orang berzikir itu didapati kegembiraan di dunia ini dan akan kelihatan nur padanya di hari kiamat.

71. Barangsiapa yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya di tengah-tengah jalan, di rumah, di dalam safar dan ketika berada di dalam kampung, maka ia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali di hari hisab kelak.

Di dalam menerangkan keadaan hari kiamat, Allah S.W.T berfirman:

“Pada hari itu (yakni hari kiamat) bumi menceritakan berita-beritanya."

Baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat:

"Tahukah kamu berita-berita bumi itu?"

Mereka menjawab:

"Tidak. Kami tidak tahu, ya Rasulullah s.a.w."

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

"Pekerjaan-pekerjaan yang dibuat oleh lelaki dan wanita (sama ada pekerjaan yang baik ataupun yang buruk) di permukaan bumi ini, maka bumi akan menceritakan bahawa si fulan pernah melakukan sekian perbuatan di sekian tempat di permukaannya pada sekian masa.

Oleh itu, orang-orang yang berzikir sebanyak-banyaknya di tempat-tempat yang berlainan maka dia akan mempunyai saksi yang banyak di hari hisab nanti."

72. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka selama itulah ia terpelihara daripada perbicaraan yang sia-sia, berdusta, mengumpat dan sebagainya. Kerana lidah itu sememangnya tidak bisa diam, ia akan sibuk berzikir kalau tidak sudah tentu dengan kesia-siaan.

Demikian juga halnya hati jika ia tidak sibuk dengan mencintai Khalik, maka sudah tentu ia sibuk dengan mencintai makhluk.

73.Syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Ia mencampakkan manusia di dalam kancah kerunsingan dan kegelisahan dengan berbagai cara. Ia juga mengerumuni mereka dari tiap penjuru.

Orang yang halnya sedemikian rupa, ia sentiasa berada di tengah-tengah lingkungan para musuh yang mana tiap-tiap seorang daripadanya ingin menimpa ke atasnya penderitaan demi penderitaan.
Tiada cara untuk mematahkan serangan musuh itu melainkan dengan zikrullah.

Ada banyak hadis yang mengandungi doa-doa yang mana dengan membacanya sebelum tidur maka terpeliharalah dari musuh-musuh itu selama¬lamanya.

Kelebihan-kelebihan di atas memadailah mereka yag mendapat taufik untuk mengamalkannya.

Bagi mereka yang tiada mendapat taufik, maka beribu-ribu fadilat pun tidak berguna sama sekali.

KELEBIHAN BERZIKIR (1)

Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda : Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung, mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa? (Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

Abu Said Al Khudri menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda: Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah, sehingga orang-orang mengatakan bahwakamu telah gila. (Riwayat Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad,Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

Dari Muadz ibnu Jabal bahwasanya Rasulullah saw bersabda : Tidak suatu amalan pun yang dikerjakan oleh anak Adam yang dapat menyelamatkan dirinya dari siksa Allah yang melebihi daripada amalan zikir (kecuali dengan berzikir) kepada Allah. Dalam riwayat lain disebutkan : Tanya mereka : Apakah berjihad di jalan Allah tidak menyamai-nya, wahai Rasulullah? Sabda beliau : Tidak juga, kecuali jika mereka yang berjuang berperang mati-matian sehingga senjatanya terputus-putus. (3 kali) (HR. Thabrani di dalam Al Kabiir dan Al Ausat dan Ibnu Abi Syaibah)

Dari Ibnu Umar ra bahwa Nabi saw pernah menyampaikan hadis qudsi dari Tuhannya: Seorang yang lebih sibuk berzikir kepadaKu dari memohon kepadaKu, maka Aku akan memberikannya sesuatu yang lebih utama dari yang pernah diminta oleh para peminta. (Riwayat Bukhari,Al Bazzar, Al Baihaqi.)

Dari Abu Said Al Khudri ra, katanya: Rasulullah saw pernah menyampaikan hadis qudsi dari Tuhannya: Seorang yang lebih sibuk membaca Al Quran dan berzikir dari minta kepadaKu, maka Aku akan memberinya sesuatu yang lebih utama dari apa yang telah diminta oleh para peminta. (Riwayat Ad Darimi,Tirmidzi,Al Baihaqi)

Dari Abu Said Al Khudri ra katanya : Nabi saw bersabda : Di hari kiamat kelak Allah berfirman : Pada hari ini penduduk Mahsyar akan mengetahui, siapakah orang-orang yang diberi kemuliaan? Tanya para sahabat : Wahai Rasulullah,siapakah mereka? Sabda beliau : Mereka adalah orang-orang yang suka berzikir di masjid-masjid (Riwayat Ahmad, Al Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Dari Anas ra katanya; Nabi saw bersabda :Tidak suatu kaum yang berkumpul dan berzikir kepada Allah kecuali ada seruan dari langit yang mengatakan Berdirilah kamu kerana dosa-dosa kamu telah diampuni dan telah diganti dengan banyak kebajikan. (HR Ahmad, Abu Yala dan Thabrani)

Dari Abu Razin Al Uqaili ra katanya :Rasulullah saw pernah berkata kepadanya : Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di dunia dan di akhirat? Jawabnya : Ya aku mahu. Sabda beliau : Andainya engkau menghadiri majlis ? majlis zikir, dan apabilaengkau bersendirian maka gerakkanlah lidahmu dengan berzikir kepada Allah.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w., katanya: "Barangsiapa yang duduk di suatu tempat duduk dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam duduknya itu, maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah dan barangsiapa yang berbaring di suatu tempat pembaringan dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam berbaringnya itu, maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah." (Riwayat Abu Dawud dengan isnad hasan)

Dari Abu hurairah r.a., Katanya: 'Kasuluilah s.a.w. bersabda:"Tiada sesuatu kaum pun yang berdiri meninggalkan sesuatu majlis dan tidak sama berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis itu, melainkan semua itu berdiri bagaikan bangkai keledai dan mereka semuanya memperoleh penyesalan." (Riwayat Abu Dawud dengan isnad shahih)

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiada sesuatu kaumpun yang duduk di suatu majlis yang mereka itu tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan shalawat kepada Nabi mereka di dalam-nya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyiksa kepada mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan pada mereka." (Riwayat Termidzi, Hadis hasan)

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu." (Riwayat Termidzi, Hadis hasan)

DAKWAH DAN JIHAD AHLI TASAUF

Tersebut dalam kitab Irsyad-Ul 'Ibad oleh As-Syaikh Uthsman Bin Shihabudin Al-Funtiani iaitu kitab terjemahan bagi kita Al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad oleh Ahmad Ibn Hajar Al-Asqolaani pada halaman 10: [artinya] : Daripada setengah hukama'

Tiga perkara melunaskan dan membukakan rahsia dukacita ialah
  • Zikrullah
  • Berjumpa/Berhimpun Denga Auliya (Wali Allah)
  • Mendengar Perkataan Hukama' Dan Ulama dan Orang Soleh

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya.

Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.

Pembelaan para pemimpin kerohanian terhadap Islam sangat jelas di dalam lembaran sejarah. Di antaranya ialah Syeikh Hatim dan gurunya Syeikh Syaqiq. Mereka berdua telah mengambil bahagian dalam jihad di zaman mereka, dan guru beliau telah syahid di medan peperangan.

Ibrahim bin Adham
, seorang wali Allah, di dalam manaqibnya ada dijelaskan bahawa beliau sentiasa mengambil bahagian dalam peperangan yang berlaku di zamannya, baik peperangan itu berlaku di darat mahupun di laut.

Demikian juga Syeikh Abu Yazid Al-Bistami, beliau bukan sahaja seorang guru mursyid dan pemimpin kerohanian, bahkan merupakan seorang pejuang yang berani memasuki apa jua medan peperangan sehingga beliau sendiri pernah berkata :
Quote
“Aku telah ditetapkan Allah untuk bersama-sama dengan para mujahidin (di medan peperangan). Aku menetakkan pedang di muka musuh-musuh Allah itu bersama mereka di dalam masa yang lama.”


Dalam hal ini, Dr. Abd Halim Mahmud di dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa Syeikh Abu Yazid ketika berada di barisan hadapan, bukan hanya semalaman bersandar di tembok-tembok kubu Islam, tetapi beliau juga terus berzikrullah tanpa putus-putus, sehingga beliau benar-benar menjadi orang Mukmin yang menepati kehendak sabda Rasulullah SAW :
Quote

“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka (di akhirat) ialah mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang celik sepanjang malam kerana menjaga (musuh) di dalam perang fi sabilillah.”


Uwais Al-Qarni
adalah seorang wali Allah dan semulia-mulia tabi’in. Sejarah mencatatkan bahawa beliau telah turut sama mempertahankan Saidina Ali di dalam peperangan Siffin kerana berpendapat golongan yang menentang Saidina Ali adalah salah, dan wajib memerangi mereka sehingga mereka bertaubat dan kembali kepada jalan sebenar. Kemudian ketika tentera Islam berperang dengan tentera Rom, beliau telah sama-sama mencabut pedang dan terjun ke medan perang. Beliau telah syahid akibat mengalami kecederaan di dalam peperangan tersebut.

Dalam peperangan Salib, para ulama tasawuf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagaimana yang dinukilkan di dalam Haqaiq ‘an al-Tasawuf :


“Dan di Mesir, di waktu tentera Salib sampai di Dimyat, golongan sufiyyah seperti Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili, ‘Izuddin bin Abd Salam dan Abu Fath bin Daqiq al-’Iyd dan ulama-ulama lain telah memberikan khidmat yang sebaik-baiknya untuk menentang tentera Salib.”


Begitu juga dengan Imam Sanusi yang hidup di sekitar tahun 1200 Hijrah. Beliau mengetuai umat Islam menentang penjajahan Itali selama berpuluh-puluh tahun. Syeikh Abd Qadir al-Jazairi juga adalah seorang panglima dan pemimpin agung gerakan menentang penjajahan Peranchis di Algeria.

Kita juga mungkin telah membaca sejarah dan menonton tayangan filem mengenai perjuangan Syeikh Umar Mokhtar yang gigih menentang penjajahan Itali di Libya di mana beliau akhirnya syahid di tali gantung.

Di benua India pula, kita menemui tokoh-tokoh perjalanan kerohanian seperti Syeikh Ahmad al-Sirhindi, Syah WaliyuLlah al-Dihlawi dan lain-lain yang sangat berjasa kepada Islam kerana jihad mereka dalam politik dan agama sehingga Syeikh Abu Hassan An-Nadwi menyebutkan pentingnya peranan mereka itu dengan katanya :
Quote

“Sesungguhnya saya sentiasa menyatakan bahawa jika tidak kerana wujudnya mereka itu dan jihad mereka, nescaya Islam telah (lenyap) ditelan oleh agama Hindu, tamadunnya dan falsafahnya.”


Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.

Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.

Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam.

Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi.

Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.

Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.

Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat.

Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.

Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.

Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.

Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.

Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal.

Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.

Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu.

Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.

Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.

Selain itu, sejarah juga mencatatkan peranan besar yang dimainkan oleh Wali Songo (Wali Sembilan) di Pulau Jawa. Dengan usaha gigih yang dilakukan, dengan sokongan rakyat jelata, mereka berjaya menubuhkan pemerintahan Islam, menewaskan kekuasaan Hindu, mendirikan masjid, pesantren (pondok), mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam kehidupan masyarakat.

Sejarah Islamnya Kerajaan Pattani juga melibatkan ahli Tasawuf dengan kaedah menarik. Menurut ceritanya, tiga orang ulama sufi yang merupakan sahabat karib telah menjalankan dakwah di Patani.

Mereka ialah Syeikh Shafiyuddin, Syeikh Sa’id Barsisa dan Syeikh Gombak Abdul Mubin. Sebaik tiba di Patani, mereka bertiga telah membuat pondok kecil di satu tempat bernama Kerisik.

Di situ, mereka mengumpul maklumat, membuat kajian mengenai suasana dan budaya setempat serta memikirkan strategi dakwah yang sesuai kerana di masa itu Patani diperintah oleh raja yang beragama Budha.

Syeikh Shafiyuddin amat kuat beribadah, berkhalwat dan berzikir memohon pertolongan Allah dalam dakwahnya. Manakala kedua sahabatnya keluar meninjau dan mendapatkan maklumat-maklumat baru. Suatu hari, tersebarlah berita bahawa Maharaja Antira iaitu pemerintah Patani mengalami penyakit yang berat.

Maka sesiapa yang dapat merawatnya akan diberi upah yang besar. Sebelum ini telah ramai bomoh yang mengubati beliau, namun tidak juga sembuh-sembuh. Apabila pegawai raja sampai ke tempat Syeikh-Syeikh ini, salah seorang dari mereka menyapa dan memberitahu bahawa terdapat seorang dukun yang sangat sakti yang mampu menyembuhkan maharaja itu. Dukun yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Syeikh Shafiyuddin sendiri.

Keesokan harinya, ketiga-tiga orang Syeikh itu dijemput ke istana untuk mengubati raja. Sebelum upacara pengubatan dilakukan, terjadi perjanjian dimana jika raja sembuh hasil pengubatan Syeikh Shafiyuddin, maka raja mestilah menukar agama dari Budha kepada Islam. Syarat itu dipersetujui raja. Kemudian, Syeikh mula membacakan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran.

Dengan izin Allah, tiga hari selepas itu raja pun sembuh dari penyakitnya. Tapi raja engkar dengan janjinya untuk memeluk Islam. Dengan karamah Syeikh Shafiyuddin, penyakit raja berulang semula. Maka diubati lagi seperti janji yang pertama, dan sembuh kembali. Raja mungkir lagi, tiba-tiba penyakitnya datang kembali. Diubati lagi dan sembuh semula. Akhirnya raja Budha itu pun memeluk Islam dan diikuti oleh ramai rakyatnya. Sejak itu, ketiga-tiga Wali Allah tadi mendapat tempat kedudukan yang tinggi di Kerajaan Patani.

Selain itu terdapat tokoh-tokoh lain yang juga berperanan besar dalam menegakkan Islam di Nusantara seperti Syeikh Abd Samad al-Falimbani, Syeikh Daud al-Fatani, Ismail Minangkabau, Muhamad Salleh al-Zawawi, Arshad Banjari dan banyak lagi.

Di samping itu, yang sudah termasyhur ialah seperti Imam Al-Ghazali, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Hassan Al-Banna dan lain-lain. Mengenai hal ini, Al-Maududi berkata :


“Sesungguhnya mereka (ahli tasawuf) mempunyai jasa yang besar dalam penyebaran Islam di daerah-daerah yang jauh terpencil yang belum ditakluki oleh tentera-tentera Islam atau yang belum dapat ditundukkan di bawah hukum Islam. Di tangan mereka itulah, Islam tersebar di Afrika, Indonesia, pulau-pulau di Lautan Hindi, China dan India.”


Abu Hasan Ali an-Nadwi pula menukilkan mengenai dakwah Syeikh Abd Qadir al-Jailani dengan katanya :


“Kira-kira 70,000 orang telah menghadiri majlis (ta’limnya). Lebih 5,000 orang Yahudi dan Nasrani telah memeluk Islam menerusi usahanya. Lebih 100,000 orang-orang jahat dan perompak atau pencuri bersenjata yang telah bertaubat menerusi usahanya. Beliau telah membuka pintu taubat dan bai’ah seluas-luasnya, maka orang ramai yang tidak diketahui bilangan mereka itu kecuali Allah sahaja, telah masuk ke dalamnya. Sehingga akhlak mereka menjadi baik dan demikian juga keIslaman mereka itu.”

Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah dan pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad. Jelaslah bahawa golongan tasawuf bukanlah mereka yang hanya berzikir dan beramal semata-mata, malah berada di barisan hadapan dalam memperjuang dan mempertahankan Islam. Bagi setengah golongan yang meninggalkan amal-amal seperti ini, bermakna mereka telah meninggalkan sunnah Nabi SAW dan perjalanan para sahabat (radiaLahu ‘anhum).

Wallahu ‘alam.

"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"

Petikan buku : Sufi Mujahid

Al-Haqir illa ALLAH Al-Ghaniy:

Penulis : Almukminun

21 Rejab 1429H

Monday, November 2, 2009

TAWASSUL : BOLEH ATAU TIDAK

1. Tawassul adalah antara salah satu cara untuk kita berdoa dan menuju kepada Allah SWT dengan menggunakan wasilah (perantaraan) Rasulullah Alaihissalam.

2. Diantara sebab mengapa orang-orang mukmin bertawassul dengan Rasulullah S.A.W untuk menuju Allah S.W.T atau untuk medekatkan diri mereka dengan Allah adalah kerana mempercayai bahawa tiada jalan lain untuk mereka menuju kepada Allah selain perantaraan Rasulullah S.A.W dan mereka juga yakin bahawa Rasulullah sahajalah "Baabullah ad-daalu 'ala Allah" Pintu menuju Allah S.W T.

3. Dalil bagi kenyataan ini terdapat di dalam surah An Nisa' ayat ke 64 yang bermaksud "Dan jika kamu berlaku zalim kepada diri mereka, mereka adakn datang kerpada engkau (Rasulullah) lalu mereka akan meminta ampun dari Allah dan Rasul meminta ampun bagi pihak mereka barulah mereka sedar bahawa Allah itu Maha Menerima Taubat dan Maha Mengasihani".

4. Dalil sepotong Hadith Qudsi yang dikeluarkan oleh Imam Ibn Hajar Al-Haitami dari Sayyidina Abu Uwanah dan Sayyidina Abdu Ibnu Humaid, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud " Aku bersumpah dengan keagunganKu dan kebesaranKu, jika mereka mengikutu mana-mana jalan pun dan cuba meminta tolong dari mana-mana pintu pun nescaya aku tidak akan membuka untuk mereka sehingga mereka datang dari belakangmu (melaluimu) wahai kekasihku Muhammad".

5. Daripada dalil dalil tersebut kita boleh melihat bagaimana pentingnya peranan Rasulullah S.A.W dalam setiap amalan kita. Sesungguhnya setiap amalan tidak akan dikabulkan oleh Allah S.W.T kecuali dengan perantaraan Rasulullah. Hadith yang berikut menguatkan lagi kenyataan ini. Di dalam riwayat Imam Tirmizi dan Imam Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Doa doa akan tergantung di antara langit dan bumi, ianya tidak akan terangkat kecuali dengan berselawat ke atas ku (Rasulullah S.A.W). Di dalam riwayat yang lain oleh Imam Baihaqi , Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud " Setiap amalan kita akan ditolak kecuali yang disertai bersama selawat ke atas ku"

Dengan persepsi yang baru dibentuk itu, maka akan tergugatlah nilai-nilai murni yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W di mata orang-orang Islam. Natijahnya akan terhapuslah nilai-nilai murni Islam dan diri mereka sendiri.

Sebagai contoh:

  1. Adalah salah jika bertawassul (dengan menggunakan perantaraan) Rasulullah S.A.W untuk menuju kepada Allah dan Istighasah (meminta bantuan) dengan Rasulullah sahaja.
  2. Rasulullah tidak boleh dipanggil "Sayyidina"
  3. Sambutan Maulid (hari keputeraan) Baginda adalah bidaah dan boleh membawa kepada kekufuran atau syirik.
  4. Rasulullah adalah seperti manusia biasa. Baginda berijtihad, kadangkala betul, kadangkala salah.
  5. Rasulullah hanya seorang pembawa risalah dari Allah, selepas menyampaikan RisalahNya Baginda meninggal dunia dan berakhirlah peranan Baginda terhadap umatnya
  6. Baginda tidak Ma'sum (terpelihara) dari segala kesalahan duniawi dan dalam hal ehwal agama.
Banyak lagi cemuhan cemuhan yang disebarkan sehinggakan pada masa kini, kita boleh melihat sedaya upaya untuk memisahkan nama Baginda yang mulia daripada nama Allah di dalam syahadah atau kalimah tauhid. Oleh itu, jika seseorang Islam mengucapkan kalimah tauhid " Lailahaillallah, Muhamamadur Rasulullah" mereka akan menuduhnya syirik atas dakwaan " Muhammad" hanyalah seorang makhluk yang tidak layak diletakkan bersebelahan Al-Kahliq (Maha Mencipta). Marilah kita sama sama renungkan ayat-ayat Al-Quran dan Al Hadith-hadith ini, agar kita menjadi lebih peka terhadap tohmahan-tohmahan tersebut.

6. Allah swt juga telah memerintahkan kita di dalam A-Quran supaya menuju kepadaNya dengan menggunakan wasilah (perantaraan). Dalilnya terdapat di dalam Surah Al-Maidah ayat yang ke-35, Allah berfirman yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan berhadaplah kepadaNya dengan menggunakan wasilah, dan bersungguhlah dalam jalanNya, semoga kamu memperolehi kemenangan."

7. Berdaarkan ayat ini sebahagian daripada kalangan Ulama' Mufassirin berpendapat bahawa bertawassul kepada Allah dengan amalan-amalan soleh adalah sangat digalakkan di dalam Isam. jika bertawassul dengan amalan-amalan soleh adalah sangat digalakkan di dalam Islam, apatah lagi jika kita bertawasul dengan Rasulullah saw? Baginda adalah sumber bagi segala kebaikan samada di dunia ataupun di akhirat. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Segala kebaikan yang ada padaku dan ada pada umatku hingga ke hari Qiamat". Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud "Sesiapa yang Allah kehendaki untuknya kebaikan, Allah akan memberinya kefahaman dalam agama dan sesungguhnya Allah yang memberi dan aku (Rasulullah) yang membahagi-bahagikan".

8. Sebahagian daripada kalangan Ulama' pula berpendapat bahawa bertawassul kepada Allah dengan Asma-ul-Husna (Nama-nama Allah yang Agung) adalah perkara yang sangat digalakkan di dalam Islam. Sepertimana yang ditunjukkan kepada kita oleh Rasulullah saw di dalam doanya yang bermaksud " Aku bermohon kepadaMu kerana sesungguhnya Engkaulah Allah." "Allah" (Azza Wajalla) adalah nama Allah yang Teragung merangkumi segala namaNya dan sifatNya. selain daripada bertawassul kepada Allah dengan Asma-ul-Husna, para Ulama' juga berpendapat bahawa bertawassul dengan sifat-sifat Allah ataupun dengan perbuatan-perbuatanNya juga sangat digalakkan di dalam Islam, sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah saw "Aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan dengan kemaafanMu daripada siksaanMu".

9. Rasulullah saw juga telah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya bahawa selain daripada bertawassul dengannya, mereka juga boleh bertawassul dengan hamba-hamba Allah yang lain seperti malaikat-malaikat sebagainya. di dalam hadith yang diriwayatkan Utbah bin Ghazwan, sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Jika ada diantara kamu yang sesat keseorangan diri dan memerlukan pertolongan hendaklah kamu berdoa "Ya ibadallah a'inuni" Wahai hamba-hamba Allah tolonglah daku, sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang tidak kita melihatnya, dan aku (Rasulullah) telahpun mencubanya." Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Thabrani.

10. Di dalam riwayat yang lain pula, oleh Sayyidina Ibnu Abbas, sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Sesungguhnya bagi Allah terdapat banyak malaikat yang mengelilingi bumi ini selain daripada malaikan Hafazh yang menulis apa sahaja ang jatuh ke bumi ini walau sehelai daun sekalipun, jika terdapat di antara kamu yang sedang ditimpa kesusahan maka hendaklah dia menyeru "A'inuni ya ibadallah". Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Tabrani dan rijal hadith semuanyaThiqah. terdapat juga riwayat-riwayat yang menceritakan bahawa Rasulullah mengajarkan kita supaya berlindung dengan "Sayyidina Jibril, Israfil dan Mikail". Diriwayatkan oleh riwayat Ibnu Sani di dalam kitab Al-Azkar karangan Imam Nawawi bahawa Rasulullah saw berdoa selepas menunaikan dua rakaat solat fajar yang bermaksud "Ya Allah, Tuhan kepada Jibril, Israfil dan Mika'il dan Nabi Muhammad saw, aku berlindung denganMu daripada api neraka."

11. Selain daripada itu Rasulullah saw juga menggalakkan kita bertawassul dengan orang-orang yang sentiasa berdoa, hadith riwayat Ibnu Alan di dalam kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi, Rasulullah berdoa yang bermaksud "Ya Allah sesungguhnya aku bermohon kepadaMu dengan kemuliaan orang-orang yang sentiasa bermohon kepadaMu". Banyak lagi contoh-contoh tawassul yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah saw seperti bertawassul dengan kesan-kesan peninggalannya (rambutnya, tongkatnya, pedangnya dan lain-lain lagi) atau bertawassul dengan kemuliaan para rasul dan para nabi atau para wali dan ulama', contohnya seperti kisah Sayyidina Umar bertawassul dengan Sayyidina Abbas supaya Allah menurunkan hujan.

12. Perlu diingatkan bahawa kisah yang masyhur ini selalu menjadi hujah bagi golongan-golongan yang membangkang isu "tawassul". Mereka mendakwa hukum bagi bertawassul dengan Rasulullah saw selepas baginda Intiqal adalah haram atau syirik, kerana Sayyidina Umar sendiri bertawasul dengan Sayyidina Abbas pada waktu Rasulullah sudah Intiqal. perkara ini adalah salah sama sekali.
Pertama, tidak ada riwayat yang mengatakan bahawa bertawassul dengan Rasulullah saw selepas baginda Intiqal itu hukumnya haram atau syirik.

Kedua, terdapat banyak riwayat yang sahih menunjukkan bahwa sahabat-sahabat, para tabi'in, para ulama', para auliya' selalu bertawassul dengan Rasulullah saw walaupun selepas baginda Intiqal, contohnya yang diriwayatkan oleh Sayyidina Malik. Beliau berkata "Pada suatu ketika pada zaman khilafah Sayyidina Umar, mereka telah dilanda kemarau, namun seorang lelaki telah pergi ke 'Raudhah' Rasulullah saw lalu berkata "Ya Rasulullah, mohonlah kepada Allah supaya Allah menurunkan hujan untuk umatmu. Sesungguhnya mereka sedang merana". Rasulullah saw pun datang di dalam mimpinya lalu berkata "Pergilah kepada Umar dan sampaian salamku kepadanya. Beritahu kepadanya bahawa sesungguhnya hujan akan diturunkan kepada mereka" Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Kathirdi dalam kitabnya Bidayah Wan Nihayah juzu yang pertama m/s ke 91.

Ketiga, antara sebab mengapa Sayyidina Umar bertawassul dengan Sayyidina Abbas di dalam riwayat tersebut adalah kerana beliau menghormati Sayyidina Abbas sebagai pakcik Rasulullah saw, sedangkan kita mengetahui bahawa Sayyidina Umar berhak untuk membaca doa tersebut dan kita juga mengetaui bahawa kedudukan Sayyidina Umar juga mulia di sisi Rasulullah